Monday 3 October 2011

minggu ke-4 bermula….

pada pelajaran pada minggu ke 4 ini, akan berlangsungnya 2 “event” yang dijalankan oleh pelajar jurusan Pend. Fizik AT12..
Acara yang berlangsung adalah debat perdana yang baru sahaja selesai tadi. Debat Perdana tentang "Relevankah Tenaga Nuklear Digunakan di Malaysia" telah dijalankan antara pelajar-pelajar kursus Pengajaran, Penaksiran dan Teknologi 1 kumpulan AT12 (Pendidikan Fizik) di Makmal Pengajaran Fizik. Dua orang wakil kerajaan ( Ahmad Tarmimi & Nurul Ain ) dan dua orang wakil pembangkang ( Muhd Hanafi & Nur Hafizah ) mewakili pelajar-pelajar lain telah menjalankan debat ini.
Sepanjang debat yang hangat ini berlangsung, para penonton pun tidak kurang hebatnya apabila respon yang diberikan oleh penonton menambahkan kemeriahan debat perdana ini.
pada esok hari, akan diadakan Seminar Malaysia dan Nuklear . Tidak sabar rasanya hendak ke seminar ini..
bigsmile

No comments:

Post a Comment

Arit Malique...^_^